Logo_Anchorman

Seperti azam aku pada entry di bawah (konon-kononnya mahu menebus dosa membiarkan blog tidak berupdate begitu lama), aku masukkan entry ke dua hari ini.

Assalammualaikum,

Logo untuk pengeluar baju tahan lasak (Jacket, Cover All, Vest, Jeans dan lain-lain).

Anchorman adalah sub brand untuk MBM Dagang Sdn. Bhd. berpusat di Besut, Terengganu.

Antara kriteria yang diminta termasuklah gambar sauh (wajib la kan), logo tersebut mudah dijahit sebagai label pada kain dan earth tone color sebagai simbol kelasakkan.

anchor01
Kami (DDEC ketika itu) hantar dalam 6 cadangan. Alhamdulillah, logo di atas dipilih untuk dikembangkan lagi.

anchor02
Garisan-garisan di atas sauh cuba menggambarkan yang jahitannya kukuh. Kerana sauh itu di laut, aku cuba juga masukkan warna biru, manalah tau client setuju. Tapi client beri maklum balas dengan warna yang lebih spesifik selepas itu. haha..degil kan.

anchor03
Yang ini katanya masih sukar untuk dijahit, juga palang di leher sauh kelihatan seperti salib. Takut timbul isu dikemudian hari. Nasib baik, kerana aku sendiri terlepas pandang. Garisan-garisan pada sauh juga aku disiplinkan sedikit dengan penambahan curve dibahagian atas untuk kelihatan lebih dinamik.

anchor04
Garisan sudah aku kurangkan dan lebih tebal untuk memudahkan jahitan. Juga palang di leher sauh sudah tidak kelihatan. Tapi kelihatan macam ada yang tak kena kan?

anchor05
Akhirnya, logo yang ini diterima atas bantuan Pn. Samsiah. Terima kasih. Aku rasa, kelihatan lebih comel berbanding lasak. kan? rasa aku la.

Ok. Sehingga entry yang akan datang. Terima kasih.

Tags: , ,

DDEC_Design Development Centre

assalamualaikum…

Logo yang direka setahun yang sudah. Antara tugas pertama aku selepas sertai syarikat ini. Dengan hala tuju syarikat yang mengelirukan aku ketika itu, tugasnya agak sukar. Terlalu banyak agenda untuk dicapai.

Logo yang terpilih tidak mengikut proses yang sesuai aku kira. Terlalu banyak cadangan logo aku kemukakan. Hampir berbulan-bulan untuk pemilihan dibuat. Apa yang aku paparkan disini hanyalah separuh sahaja. Selebihnya terselit dalam layer Illustrator aku. Banyak juga kajian. Aku kira yang paling banyak pernah aku buat. Mungkin kerana logo design bukanlah kekuatan aku. Letih…

logoddec01

logoddec02
Yang ini hampir menjadi pilihan. Maka banyak percubaan yang dibuat. dari segi keberkesanan saiz, hitam dan putih juga susun atur warna.

logoddec03
Buat lagi…

logoddec04
Tapi atas sebab-sebab tertentu, logo ini yang digunakan. Yang atas adalah senibina asal logo tersebut. Yang bawah, logo yang telah dicomelkan oleh Puan Samsiah. Manager aku. Dia memang hebat dalam bab-bab mencomelkan benda. Ada lagi artwork yang dia tolong comelkan. Akan aku uploadkan nanti.

Oo..maksud logo? Aku kira itu perkara kedua sekarang. Perkara utama adalah sama ada logo ini boleh dilihat dalam apa jua saiz. Dari 0.5 cm tinggi hinggalah 5 meter tinggi. atau lebih besar dari itu. Juga kebolehan logo ini untuk menonjolkan diri dalam persekitaran gelap atau terang. Atau apabila logo ini digunakan untuk faks dan photostat. Juga kos yang akan ditelan untuk cetakkan, atau sulaman.

Tidak guna maksud logo yang mendalam jika ia tidak dapat dilihat. Persoalan sama ada ia cantik atau tidak, itu terpulang pada pemerhati. Maksud logo tidak menjadi persoalan kerana objektif penubuhan syarikat memang menjadi panduan aku sepanjang proses logo ini dihasilkan. Walaupun kadang-kadang tersasar kerana letih meredah proses reka bentuk yang panjang.

Jadinya..apa peranan DDEC? Cuba lihat di sini.

Terima kasih.

Tags: