London_design museum
Posted by helmy | Filed under Other
Tak sangka ada masanye susah nak tekan butang publish. Dah lama sebenarnya entry ni aku tulis. Tiada perkataan yang cukup adil untuk aku minta maaf pada yang datang berkali-kali tapi blog ni tak berupdate. Untuk itu, aku update sekali dua entry. Boleh? Dan maaf jika ada komen yang aku terdelete. Mungkin terjadi ketika membersihkan spam yang banyak.
Assalamualaikum,
Perjalanan aku dari Tate Modern ke Design Museum ditemani Aloy, abg ipar Irna. Agak bertuah kerana ketika itu, ada pameran pemenang-pemenang anugerah British Insurance Design of the Year 2009.
Bila bercakap tentang design, kebiasaannya, hasil kerja pereka lebih terkenal berbanding pereka itu sendiri. Berapa ramai yang tahu siapa pereka logo Nike, Proton Exora yang baru keluar itu atau kasut yang kita pakai hari ini. Walhal, industri yang diwujudkan oleh rekaan-rekaan itu bernilai jutaan ringgit. Berbanding seni halus, artis lebih popular hinggakan orang sanggup membayar jutaan ringgit untuk membeli lukisan mereka kerana nama artis tersebut. Walaupun, tidak faham apa yang dibelinya itu.
Berikut antara pemenang pertandingan;

Bukan kah aku kata bertuah? Poster ini dibuat ketika kempen pemilihan presiden Barack Obama. Juga perhatikan logo yang dibuat khas untuk beliau. Reka bentuk oleh Shepard Fairey dan logo oleh Sender LLC and mo/de. Jualan poster ini menjangkau US 400,000.
Aku rasa ulasan dari guardian.co.uk sangat sesuai. Di sini.

Laci yang boleh di buka dari depan dan belakang. Takut juga kalau terbalik masa aku tarik laci ni depan dan belakang. Tapi lepas sekali dua cuba, aku mula rasa yakin ianya kukuh.
Design: Raw-Edges, Shay Alkalay
Manufacturer: Established & Sons
Lebih lanjut di sini.

Pastinya, isu sekarang tentang rekabentuk mapan. Pereka yang ambil berat tentang isu tersebut punya peluang untuk menang.
THINK City electrical car, concept, design and manufacturing by THINK norway
Lebih lanjut di sini.

Persembahan Kinetic Sculpture di muzium ini aku rasa gagal menjangkitkan rasa kagum pada tahap yang sepatutnya. Selepas pulang, aku cari dalam you tube, ternyata lebih memukau. Aku bayangkan bagaimana rasanya kalau berhadapan dengan art work ini. Tak perlu aku ulas lebih panjang, boleh pergi ke sini;
1. Trailer
2. Animasi penuh 7 minit
Selamat merasa kagum ye..jika berjangkit rasa itu.
Joachim Sauter & Art + Com. Kinetic Sculpture untuk BMW Museum
Lebih lanjut di sini.

Ooo.. ini antara yang aku beli di muzium ini. aku suka chopstick tu, tapi sayang nak pakai.

Ini la Aloynye. Terima kasih untuk teman dan belanja minum.
Dan aku rasa detik ini yang paling seronok ketika berada di sana. Dapat berjumpa anak-anak buah yang comel-comel dan berbakat. Ini adalah ketika mereka buat persembahan pada malam sebelum mak, ayah dan aku bertolak balik Malaysia. Menyanyi, menari dan berlakon untuk datuk dan nenek. Susah sangat nak amik gambar. Tak boleh tahan gelak. Tapi kena ambil juga sebagai cenderahati pulang.



oh.. Nadhirah nyanyi lagu keldai, bergaya dengan telinga keldai kononnya.
Terima kasih Kak Long, Abg Anas, Najah dan Nadhirah. InsyaAllah, jumpa lagi nanti.
Dan terima kasih untuk semua.
Tags: Design, Design Museum, London, Travel
London_tate modern
Posted by helmy | Filed under Other
Assalamualaikum,
Ada beberapa permintaan supaya aku upload gambar-gambar semasa aku ke UK tempoh hari. Maka berikut adalah catatan ketika aku ke London. Sempat ke Tate Modern dan Design Museum. Gambar-gambar lain semasa aku di sana, boleh ke blog kak long di sini. Ada 21 gambar kali ini. Harap sambungan internet anda tidak sesiput internet di rumah aku.
Aku bertolak dari Manchester dengan bas. Entah kenapa aku berminat nak ambil gambar RnR di sini. Mungkin sebab aku selalu singgah di RnR Malaysia. Tapi bas National Express yang aku naik aku tak shoot. :).

Glass wall dengan curved rooftop. Tidak begitu sejuk, tapi tiada siapa pun yang minum di luar.

Tidak berniat untuk membeli apa pun. Saja tengok-tengok.

I bought this water…yes..this water. Senang je tajuk dia kan. Design pun simple. Tu yang aku beli juga tu. Siapa suruh tengok-tengok kan?
Turun di Victoria Coach, aku terus cari kebab. lapar yang amat. Memang aku tak shoot. Nak menikmati kebab yang sedap sebab lapar. Kemudian guna underground terus ke London Bridge Station. Langsung berjalan kaki ke Tate Museum.

Akhirnya jumpa. Yeah!
Oh..matlamat aku ke sini adalah untuk mencari lukisan Picasso dan Van Gogh. Juga kerana modern art lebih berat ke arah falsafah, pemikiran dan experimentasi. Sedang era sebelumnya banyak penceritaan sejarah. Mahu mencabar minda la kononnya. Tapi aku menahan diri dari terus masuk. Keadaan di luar sudah cukup menarik perhatian.

Aku disambut dengan pesta. hmm..aku tak tau pesta apa. Atau aku tak kesah apa tajuknya masa tu. Sebab aku lebih teruja nak tau apa yang diorng buat. err.. mungkin mereka tak tau apa ertinya tungau. Anda tau?

Khemah paling besar di situ. Hitam dan merah tidak begitu mesra bagi aku. Tapi kerana besar, aku rapatkan diri juga.

Ooo..ada aktiviti melukis. Seronoknya…. err..tapi kene selit ranting pokok kat situ ke? Lepas tu kene lukis tangan? hehe..takpe la.

Khemah ini lebih beretika. Tapi untuk kanak-kanak sahaja.

Pakcik ini jual plate kertas. Di atasnya ditampal keratan akhbar. Ada potret artis atau tajuk akbar yang popular. Hensem kan abang bercermin mata hitam di belakang itu.

Mungkin pempamer di MAHA tahun hadapan boleh gunakan idea ini.

Ini yang paling ghairah di sini. Kalaupun nak berghairah. Modern art…

Entrance. Tidak perlu risau tentang harga tiket. Percuma saja. Mereka-mereka yang bertenggek di depan tu menarik perhatian aku.

Oh..ada permainan di bawah.

Maaf, aku shoot dari sudut ini. Tiada motivasi untuk naik dan ambil dari atas.

“Kenapa abang tak naik ikut bahagian yang berpalang tu bang?” Dia cuma tersenyum. Oo..dia tak faham bahasa Melayu. Maaf bang, saya tak ikut PPSMI. :]

Pakcik berbaju pink….

Ada banyak tabung sebegini. Dana terkumpul digunakan untuk membeli hasil seni yang lain.

Permainan yang tidak aku cuba. Kalau datang berdua mungkin….

“I dulu selalu minum dengan Dali kat Starbuck…. I la inspirasi utama dia”. haha…pembelajaran di luar kelas. Maaf makcik.

Panggung punggung. Itu nama aku bagi. Seharusnya di Balai Seni Lukis Negara (BSLN) ada tayangan video sebegini. Banyak manfaatnya.

Susunatur aliran-aliran seni dan tokoh pelukis mengikut garis masa.
Oo..aktiviti foto dilarang di dalam galeri. Mungkin untuk memberi peluang si fotografer menikmati hasil lukisan. Tidak sibuk bergambar. haha. Dapat juga aku jumpa beberapa lukisan Picasso, Braques, Dali, Pullock dan banyak lagi. Cuma lukisan Van Gogh tidak aku jumpai. Dengarnya, warna yang dia hasilkan lebih cemerlang mendahuli zamannya. Bagaimanapun, karya Dali paling mengkagumkan aku. Begitu halus sapuannya. Juga ilusinya amat mempesonakan.
Penerangan tentang aliran dan sejarah penghasilan lukisan sangat lengkap di sini. Jadinya, penghayatan terhadap hasil seni lebih bererti. Tidaklah seperti aku terpinga-pinga melihat kanvas kosong tergantung di BSLN atas nama Redza Piyadasa. Memang la dia pengkarya tersohor negara, tapi, meluat juga lihat orang membanggakan kanvas kosong. Oo..membandingkan BLSN dengan Tate ini lagi. Bukan maksud aku BLSN tidak bagus, cuma cara penyampaian boleh diperbaiki. Lebih kepada pendidikan agar orang ramai lebih mudah memahami. Bukan hanya untuk golongan-golongan yang telah mengambil kursus sejarah seni. Mereka yang ambil pun, bukannya faham kesemuanya.
Tate juga berjaya menarik bilangan pengunjung yang ramai. Sukar menikmati karya kerana ada sahaja orang yang akan datang dan berdiri di tepi atau depan bersama-sama mengagumi hasil lukisan. Itu perbezaan yang besar dengan galeri di Kuala Lumpur. Lebih tenang di KL.
Aku rasa, lawatan ke Design Museum akan aku masukkan di lain hari. Jangan risau, di Design Museum, tidak begitu banyak gambar. Sehingga dilain uploading.
Terima kasih.
Tags: Fine Art, London, Tate Modern, Travel
Assalammualaikum
Posted by helmy | Filed under Other, Photography

Aku mulakan versi baru website ni.
Terlalu lama menyepi. Maaf kepada yang datang, tetapi tidak nampak apa-apa yang aku update. Agak sebok menyesuaikan diri dengan tempat kerja baru ketika itu. Dengan masalah spam yang menyerang page lama, aku malas untuk melayan website.
Banyak perubahan yang berlaku setelah lebih setahun. Helmyemran.com tidak hanya akan memaparkan hasilkerja fotografi, malah hasil kerja grafik aku yang lain. Sedikit luas rangkumannya. Tapi masih dalam ruang lingkup seni tampak.
Sudi-sudilah memberi komen untuk membantu aku memperbaiki diri.
sekian.

Bukan tangan aku. Tangan K. Shoot untuk company profile DDEC.