Cili Api

web_cili_api01

Assalammualaikum…
Conceptual art kononnya. Idea biasa, cuma aku nak lepaskan rasa lelah selepas beberapa bulan sibuk. Buat apa yang aku suka sekali sekala. Ambil masa satu malam untuk shoot dan edit. Lupakan kerisauan atas beberapa job yang still pending.. hmm.. aduh..teringat balik. huhu..

Ok..yang ini aku guna dua gambar, combine dlm photoshop. Agak mustahil untuk ambil gambar asap dan cili tu sekali gus. Kedua-dua lighting settingnya berbeza. Juga kerana peralatan yang tidak secanggih mana. Ini pun nasib baik dapat pinjam lens hebat, Nikkor 200mm. Trima kasih abg man.

web_cili_api02
Masih adjust lighting. Guna 2 clamp spot light dan satu table lamp. Kerana cahaya agak malap, dan aku mahukan latar belakang yang gelap serta objek yang sharp, dedahan aku lamakan. Yang ini kiranya dah dapat highlight seperti yang aku bayangkan.

web_cili_api03
Nampak apa bezanya? yang ini aku sapukan sedikit minyak zaitun untuk dapat kilatan yang lebih cantik (agaknya). boleh saja guna minyak masak biasa, tapi kerana minyak zaitun tu dah berapa tahun aku beli tak habis-habis. Kalau guna air, rasa jenuh pula aku nak sapu setiap kali nak shoot.

web_cili_api04
Bila dah disapu minyak, aku rasa highlight yang disebelah kiri tak berapa sesuai. Eloknya pada aku, highlight pada buah, bukan pada tangkai. Maka, selepas diubah, begini hasilnya.

web_cili_api08
Ini antara peralatan yang aku guna semalam, beserta calon-calon cili api yang lain (tapi tak terpilih). Aku letakkan juga playar berkarat tu untuk perbandingan yang cili api ni memang kecil kerana aku guna cili api kampung.

web_cili_api05
Selepas selesai cili, masuk ke sesi shooting asap pula. Ini screen shoot file yang aku dapat. Teknik ni aku da buat lama dulu. Boleh rujuk sini. Aku guna satu speedlight dari bawah. Agak laju prosesnya sebab dah pernah dibuat. Kalau still guna set lighting cili tadi, asap takkan dapat sharp, kerana pergerakkan asap yang laju sedang cahaya malap.

web_cili_api06
Ini yang terpilih. Jelas, aku padamkan sumbu colok dan gantikan dengan cili tadi.

web_cili_api07
Dan ini antara peralatan yang diguna. Jangan hiraukan tin cat tu. Aku cuma mahukan ketinggian sumbu colok melebihi speedlight. Juga aku alaskan aluminium foil untuk elak kain tu terbakar kalau-kalau bara terjatuh.

Ok. Mahu deliver beberapa job harini. Terima kasih…

Tags:

Shades of Green

Assalammualaikum…

Job fotografi untuk Institute of Landscape Architects Malaysia (ILAM). Berkisar kepada makan malam tahunan dan penyampaian hadiah untuk mereka-mereka yang terlibat dalam seni reka bentuk landskap. Kali ni aku bergabung dengan Red Hut Studio dan seorang lagi freelancer sebagai videografer. Berikut antara gambar-gambar pada malam tersebut.

01_ilam
Petang sebelum majlis. Lighting masa rehearsal lebih kuat dari waktu yang sebenar, jadinya, setting yang diguna masa ni tak boleh pakai waktu majlis.

02_ilam
Tun Jeanne, orang kuat landskap Malaysia.

09_ilam
Antara pemenang kategori profesional, Rekalaman Indah dengan Dato’ Hj Ismail bin Ngah (kiri).

03_ilam
Salah seorang pemenang anugerah akademik, Ikhwan dengan ex-boss aku, Prof. Dr. Mustafa Kamal

04_ilam
Tandatangan untuk sponsorship kalau tak salah.

05_ilam
Yang ini serahan bila semua dah siap. DVD *.jpg untuk semua gambar yang terpilih.
(oo..design grafik bukan aku buat, ni dari ILAM. Diguna semula, senang kalau diorang nak cari DVD ni nanti.)

06_ilam
Dan imagewrap hardcover photobook, saiz 32.8cm x 28cm.

07_ilam
Kualiti print guna kertas Becket Expression Iceberg 216gsm. Takde texture dan aku lebih suka guna kertas matte (tak berkilat). Tak menyusahkan mata. Setakat ni client-client tak bising nak suruh tukar yang gloss.

08_ilam
Ok..aku cuba tak cakap benda-benda teknikal. ini binding.. hehe

sekian… wassalam.

Tags:

Nikon D90 Picture Control Test

Nota: Entry kali ini lebih bersifat akademik.

Assalammualaikum..

Berikut merupakan perbandingan dan pencarian tetapan “Picture Control” bagi Nikon D90 yang akan digunakan sebagai rujukan oleh saya atau mungkin anda.

Maklumat asas peralatan dan tetapan yang digunakan dalam perbandingan ini (tidak diubah sepanjang proses):

• Nikon D90
• 50mm 1.8
• Still Life Table dengan 10 fluorescent light (4 di atas, 3 biji di kiri dan kanan subjek).
• F-stop: F/2.5
• Exposure: 1/1000 sec
• ISO: 400
• Metering mode: Spot
• Active D-Lighting: Normal
• White Balance: preset dengan menggunakan Mennon 18% Grey Card

Cukup rasanya maklumat tu. Maka yang berubah hanyalah setting picture controlnya seperti yang ditunjukkan dalam hasil di bawah::

Standard
02_standard_f25
• Quick Adjustment: 0
• Sharpening: 3
• Contrast: -
• Brightness: -
• Saturation: 0
• Hue: 0

Neutral
04_neutral_f25
• Quick Adjustment: -
• Sharpening: 2
• Contrast: -
• Brightness: -
• Saturation: 0
• Hue: 0

Vivid
06_vivid_f25
• Quick Adjustment: 0
• Sharpening: 4
• Contrast: -
• Brightness: -
• Saturation: 0
• Hue: 0

Monochrome
08_mono_f25
• Sharpening: 3
• Contrast: -
• Brightness: -
• Filter Effects: Off
• Toning: Black & White

Potrait
10_potrait_f25
• Quick Adjustment: 0
• Sharpening: 2
• Contrast: -
• Brightness: -
• Saturation: 0
• Hue: 0

Landscape
12_landscape_f25
• Quick Adjustment: 0
• Sharpening: 4
• Contrast: -
• Brightness: -
• Saturation: 0
• Hue: 0

Tetapan Sendiri 1
14_flickr-vivid_25
• Quick Adjustment: -
• Sharpening: 6
• Contrast: -
• Brightness: -
• Saturation: 3
• Hue: 0

Tetapan Sendiri 2
16_flickr-standard_f25
• Quick Adjustment: -
• Sharpening: 6
• Contrast: -
• Brightness: -
• Saturation: 2
• Hue: 0

Ketika menulis entry ini, baru saya sedar yang tetapan untuk Neutral sama dengan tetapan Potrait dan Vivid sama dengan Landscape. Bimbang sama ada pemerhatian saya dipengaruhi dengan tajuk setting yang diberi, saya letakkan hasil tetapan di atas sebelah menyebelah. Berikut hasilnya.

17_neutral_potrait

18_vivid_landscape

Nyata terdapat berbezaan pada gambar-gambar tersebut walaupun tetapannya sama. Pencarian saya untuk mendapatkan setting terbaik agak terbantut apabila mengetahui saya tidak dapat mengawal hasil akhir sepenuhnya. Penggunaan software seperti ViewNX mungkin membantu.

Sebagai makluman tambahan, tiada penambahbaikkan dilakukan terhadap gambar kecuali pengubahsuaian saiz, frame dan watermark untuk paparan web ini.

Terima kasih.

Tags: , ,

Packaging_Forest Secret [Forest Men Series]

Assalammualaikum,

Job packaging untuk Forest Secret masa aku kerja kat DDEC. Antara lain briefnya, mahukan satu atau dua warna sahaja dan design sesuai untuk kaedah silk screen printing. Printing akan diuruskan olen client sendiri.

fs021
Gambar atas dan bawah ni antara cadangan awal yang aku hantar. kebanyakkannya cuba menampakkan kelasakkan pada rupa. antara cadangan warna adalah hijau, biru atau yang seangkatan dengannya sebab bahan utama yang diguna adalah batu malakat. dan ada satu aku buat shape pinggang perempuan. yang tu tak menggambarkan lasak. saja nak test teori.

fs01
Oh..kalau ada yang bertanya bagaimana, yang ini aku shoot botol kosong (tanpa design), lepas tu aku tempel terus design aku atas gambar tu. kalau perasan, perspektif text tak betul. tp kaedah ni paling cepat. Dan atas nama cadangan, aku gradientkan warna hijau tu dengan hitam dan hijau cerah, kelihatan seperti ada pencahayaan. Masa ni, botol pun client tak putuskan lagi nak pakai botol apa. Botol ni kelihatan cantik, mana ntah budak-budak ofis ni dapat.

fs03
Yang ini setelah design dan botol dimuktamadkan. Ada sedikit masa untuk lukis balik botol-botol yang diorang hantar. Aku buang gradient kat warna hijau tu. nampak macam kartun sikit. Sebabnya, ada satu proposal lain, aku buat gradient gold, tapi client salah faham yang gradient tu akan berlaku masa print. mana nak dapat gold campur dengan hitam putih. satu masalah kena terangkan balik pada client. jadinya, aku tak nak client yang ni faham macam tu jugak.

fs04
Akhirnya diorng nak tukar warna biru. dan yang ini aku letakkan balik gradient nak bagi puas hati nampak lebih kurang apa yang jadi bila print nanti. tapi tak tunjuk pun kat client.

fs05
Yang ni produk yang dah siap. Kalau perasan, warna after shave berbeza sedikit dengan yang lain. Sebabnya after shave diprint atas sticker dan printer yang berbeza dengan yang lain. Walaupun pantone code yang sama, hasil tak dapat sama sebab material yang berbeza.

fs06
ok..jumpa lagi. kalau nak cari produk ni, boleh cari kat cawangan-cawangan forest secret. diorng ada banyak lagi produk lain. kalau nak pesan kat aku pun bole. hehe..

wassalam.

Tags: ,

Logo_Anchorman

Seperti azam aku pada entry di bawah (konon-kononnya mahu menebus dosa membiarkan blog tidak berupdate begitu lama), aku masukkan entry ke dua hari ini.

Assalammualaikum,

Logo untuk pengeluar baju tahan lasak (Jacket, Cover All, Vest, Jeans dan lain-lain).

Anchorman adalah sub brand untuk MBM Dagang Sdn. Bhd. berpusat di Besut, Terengganu.

Antara kriteria yang diminta termasuklah gambar sauh (wajib la kan), logo tersebut mudah dijahit sebagai label pada kain dan earth tone color sebagai simbol kelasakkan.

anchor01
Kami (DDEC ketika itu) hantar dalam 6 cadangan. Alhamdulillah, logo di atas dipilih untuk dikembangkan lagi.

anchor02
Garisan-garisan di atas sauh cuba menggambarkan yang jahitannya kukuh. Kerana sauh itu di laut, aku cuba juga masukkan warna biru, manalah tau client setuju. Tapi client beri maklum balas dengan warna yang lebih spesifik selepas itu. haha..degil kan.

anchor03
Yang ini katanya masih sukar untuk dijahit, juga palang di leher sauh kelihatan seperti salib. Takut timbul isu dikemudian hari. Nasib baik, kerana aku sendiri terlepas pandang. Garisan-garisan pada sauh juga aku disiplinkan sedikit dengan penambahan curve dibahagian atas untuk kelihatan lebih dinamik.

anchor04
Garisan sudah aku kurangkan dan lebih tebal untuk memudahkan jahitan. Juga palang di leher sauh sudah tidak kelihatan. Tapi kelihatan macam ada yang tak kena kan?

anchor05
Akhirnya, logo yang ini diterima atas bantuan Pn. Samsiah. Terima kasih. Aku rasa, kelihatan lebih comel berbanding lasak. kan? rasa aku la.

Ok. Sehingga entry yang akan datang. Terima kasih.

Tags: , ,

London_design museum

Tak sangka ada masanye susah nak tekan butang publish. Dah lama sebenarnya entry ni aku tulis. Tiada perkataan yang cukup adil untuk aku minta maaf pada yang datang berkali-kali tapi blog ni tak berupdate. Untuk itu, aku update sekali dua entry. Boleh? Dan maaf jika ada komen yang aku terdelete. Mungkin terjadi ketika membersihkan spam yang banyak.

Assalamualaikum,

Perjalanan aku dari Tate Modern ke Design Museum ditemani Aloy, abg ipar Irna. Agak bertuah kerana ketika itu, ada pameran pemenang-pemenang anugerah British Insurance Design of the Year 2009.

Bila bercakap tentang design, kebiasaannya, hasil kerja pereka lebih terkenal berbanding pereka itu sendiri. Berapa ramai yang tahu siapa pereka logo Nike, Proton Exora yang baru keluar itu atau kasut yang kita pakai hari ini. Walhal, industri yang diwujudkan oleh rekaan-rekaan itu bernilai jutaan ringgit. Berbanding seni halus, artis lebih popular hinggakan orang sanggup membayar jutaan ringgit untuk membeli lukisan mereka kerana nama artis tersebut. Walaupun, tidak faham apa yang dibelinya itu.

Berikut antara pemenang pertandingan;

london_01
Bukan kah aku kata bertuah? Poster ini dibuat ketika kempen pemilihan presiden Barack Obama. Juga perhatikan logo yang dibuat khas untuk beliau. Reka bentuk oleh Shepard Fairey dan logo oleh Sender LLC and mo/de. Jualan poster ini menjangkau US 400,000.

Aku rasa ulasan dari guardian.co.uk sangat sesuai. Di sini.

london_03
Laci yang boleh di buka dari depan dan belakang. Takut juga kalau terbalik masa aku tarik laci ni depan dan belakang. Tapi lepas sekali dua cuba, aku mula rasa yakin ianya kukuh.

Design: Raw-Edges, Shay Alkalay
Manufacturer: Established & Sons
Lebih lanjut di sini.

london_04
Pastinya, isu sekarang tentang rekabentuk mapan. Pereka yang ambil berat tentang isu tersebut punya peluang untuk menang.

THINK City electrical car, concept, design and manufacturing by THINK norway
Lebih lanjut di sini.

london_10
Persembahan Kinetic Sculpture di muzium ini aku rasa gagal menjangkitkan rasa kagum pada tahap yang sepatutnya. Selepas pulang, aku cari dalam you tube, ternyata lebih memukau. Aku bayangkan bagaimana rasanya kalau berhadapan dengan art work ini. Tak perlu aku ulas lebih panjang, boleh pergi ke sini;

1. Trailer
2. Animasi penuh 7 minit

Selamat merasa kagum ye..jika berjangkit rasa itu.

Joachim Sauter & Art + Com. Kinetic Sculpture untuk BMW Museum
Lebih lanjut di sini.

london_05
Ooo.. ini antara yang aku beli di muzium ini. aku suka chopstick tu, tapi sayang nak pakai.

london_06
Ini la Aloynye. Terima kasih untuk teman dan belanja minum.

Dan aku rasa detik ini yang paling seronok ketika berada di sana. Dapat berjumpa anak-anak buah yang comel-comel dan berbakat. Ini adalah ketika mereka buat persembahan pada malam sebelum mak, ayah dan aku bertolak balik Malaysia. Menyanyi, menari dan berlakon untuk datuk dan nenek. Susah sangat nak amik gambar. Tak boleh tahan gelak. Tapi kena ambil juga sebagai cenderahati pulang.

london_07

london_08

london_09
oh.. Nadhirah nyanyi lagu keldai, bergaya dengan telinga keldai kononnya.

Terima kasih Kak Long, Abg Anas, Najah dan Nadhirah. InsyaAllah, jumpa lagi nanti.

Dan terima kasih untuk semua.

Tags: , , ,

London_tate modern

Assalamualaikum,

Ada beberapa permintaan supaya aku upload gambar-gambar semasa aku ke UK tempoh hari. Maka berikut adalah catatan ketika aku ke London. Sempat ke Tate Modern dan Design Museum. Gambar-gambar lain semasa aku di sana, boleh ke blog kak long di sini. Ada 21 gambar kali ini. Harap sambungan internet anda tidak sesiput internet di rumah aku.

Aku bertolak dari Manchester dengan bas. Entah kenapa aku berminat nak ambil gambar RnR di sini. Mungkin sebab aku selalu singgah di RnR Malaysia. Tapi bas National Express yang aku naik aku tak shoot. :).

01
Glass wall dengan curved rooftop. Tidak begitu sejuk, tapi tiada siapa pun yang minum di luar.

02
Tidak berniat untuk membeli apa pun. Saja tengok-tengok.

03
I bought this water…yes..this water. Senang je tajuk dia kan. Design pun simple. Tu yang aku beli juga tu. Siapa suruh tengok-tengok kan?

Turun di Victoria Coach, aku terus cari kebab. lapar yang amat. Memang aku tak shoot. Nak menikmati kebab yang sedap sebab lapar. Kemudian guna underground terus ke London Bridge Station. Langsung berjalan kaki ke Tate Museum.

04
Akhirnya jumpa. Yeah!

Oh..matlamat aku ke sini adalah untuk mencari lukisan Picasso dan Van Gogh. Juga kerana modern art lebih berat ke arah falsafah, pemikiran dan experimentasi. Sedang era sebelumnya banyak penceritaan sejarah. Mahu mencabar minda la kononnya. Tapi aku menahan diri dari terus masuk. Keadaan di luar sudah cukup menarik perhatian.

05
Aku disambut dengan pesta. hmm..aku tak tau pesta apa. Atau aku tak kesah apa tajuknya masa tu. Sebab aku lebih teruja nak tau apa yang diorng buat. err.. mungkin mereka tak tau apa ertinya tungau. Anda tau?

06
Khemah paling besar di situ. Hitam dan merah tidak begitu mesra bagi aku. Tapi kerana besar, aku rapatkan diri juga.

07
Ooo..ada aktiviti melukis. Seronoknya…. err..tapi kene selit ranting pokok kat situ ke? Lepas tu kene lukis tangan? hehe..takpe la.

08
Khemah ini lebih beretika. Tapi untuk kanak-kanak sahaja.

09
Pakcik ini jual plate kertas. Di atasnya ditampal keratan akhbar. Ada potret artis atau tajuk akbar yang popular. Hensem kan abang bercermin mata hitam di belakang itu.

10
Mungkin pempamer di MAHA tahun hadapan boleh gunakan idea ini.

11
Ini yang paling ghairah di sini. Kalaupun nak berghairah. Modern art…

12
Entrance. Tidak perlu risau tentang harga tiket. Percuma saja. Mereka-mereka yang bertenggek di depan tu menarik perhatian aku.

13
Oh..ada permainan di bawah.

14
Maaf, aku shoot dari sudut ini. Tiada motivasi untuk naik dan ambil dari atas.

15
“Kenapa abang tak naik ikut bahagian yang berpalang tu bang?” Dia cuma tersenyum. Oo..dia tak faham bahasa Melayu. Maaf bang, saya tak ikut PPSMI. :]

16
Pakcik berbaju pink….

17
Ada banyak tabung sebegini. Dana terkumpul digunakan untuk membeli hasil seni yang lain.

18
Permainan yang tidak aku cuba. Kalau datang berdua mungkin….

19
“I dulu selalu minum dengan Dali kat Starbuck…. I la inspirasi utama dia”. haha…pembelajaran di luar kelas. Maaf makcik.

20
Panggung punggung. Itu nama aku bagi. Seharusnya di Balai Seni Lukis Negara (BSLN) ada tayangan video sebegini. Banyak manfaatnya.

21
Susunatur aliran-aliran seni dan tokoh pelukis mengikut garis masa.

Oo..aktiviti foto dilarang di dalam galeri. Mungkin untuk memberi peluang si fotografer menikmati hasil lukisan. Tidak sibuk bergambar. haha. Dapat juga aku jumpa beberapa lukisan Picasso, Braques, Dali, Pullock dan banyak lagi. Cuma lukisan Van Gogh tidak aku jumpai. Dengarnya, warna yang dia hasilkan lebih cemerlang mendahuli zamannya. Bagaimanapun, karya Dali paling mengkagumkan aku. Begitu halus sapuannya. Juga ilusinya amat mempesonakan.

Penerangan tentang aliran dan sejarah penghasilan lukisan sangat lengkap di sini. Jadinya, penghayatan terhadap hasil seni lebih bererti. Tidaklah seperti aku terpinga-pinga melihat kanvas kosong tergantung di BSLN atas nama Redza Piyadasa. Memang la dia pengkarya tersohor negara, tapi, meluat juga lihat orang membanggakan kanvas kosong. Oo..membandingkan BLSN dengan Tate ini lagi. Bukan maksud aku BLSN tidak bagus, cuma cara penyampaian boleh diperbaiki. Lebih kepada pendidikan agar orang ramai lebih mudah memahami. Bukan hanya untuk golongan-golongan yang telah mengambil kursus sejarah seni. Mereka yang ambil pun, bukannya faham kesemuanya.

Tate juga berjaya menarik bilangan pengunjung yang ramai. Sukar menikmati karya kerana ada sahaja orang yang akan datang dan berdiri di tepi atau depan bersama-sama mengagumi hasil lukisan. Itu perbezaan yang besar dengan galeri di Kuala Lumpur. Lebih tenang di KL.

Aku rasa, lawatan ke Design Museum akan aku masukkan di lain hari. Jangan risau, di Design Museum, tidak begitu banyak gambar. Sehingga dilain uploading.

Terima kasih.

Tags: , , ,

DDEC_Design Development Centre

assalamualaikum…

Logo yang direka setahun yang sudah. Antara tugas pertama aku selepas sertai syarikat ini. Dengan hala tuju syarikat yang mengelirukan aku ketika itu, tugasnya agak sukar. Terlalu banyak agenda untuk dicapai.

Logo yang terpilih tidak mengikut proses yang sesuai aku kira. Terlalu banyak cadangan logo aku kemukakan. Hampir berbulan-bulan untuk pemilihan dibuat. Apa yang aku paparkan disini hanyalah separuh sahaja. Selebihnya terselit dalam layer Illustrator aku. Banyak juga kajian. Aku kira yang paling banyak pernah aku buat. Mungkin kerana logo design bukanlah kekuatan aku. Letih…

logoddec01

logoddec02
Yang ini hampir menjadi pilihan. Maka banyak percubaan yang dibuat. dari segi keberkesanan saiz, hitam dan putih juga susun atur warna.

logoddec03
Buat lagi…

logoddec04
Tapi atas sebab-sebab tertentu, logo ini yang digunakan. Yang atas adalah senibina asal logo tersebut. Yang bawah, logo yang telah dicomelkan oleh Puan Samsiah. Manager aku. Dia memang hebat dalam bab-bab mencomelkan benda. Ada lagi artwork yang dia tolong comelkan. Akan aku uploadkan nanti.

Oo..maksud logo? Aku kira itu perkara kedua sekarang. Perkara utama adalah sama ada logo ini boleh dilihat dalam apa jua saiz. Dari 0.5 cm tinggi hinggalah 5 meter tinggi. atau lebih besar dari itu. Juga kebolehan logo ini untuk menonjolkan diri dalam persekitaran gelap atau terang. Atau apabila logo ini digunakan untuk faks dan photostat. Juga kos yang akan ditelan untuk cetakkan, atau sulaman.

Tidak guna maksud logo yang mendalam jika ia tidak dapat dilihat. Persoalan sama ada ia cantik atau tidak, itu terpulang pada pemerhati. Maksud logo tidak menjadi persoalan kerana objektif penubuhan syarikat memang menjadi panduan aku sepanjang proses logo ini dihasilkan. Walaupun kadang-kadang tersasar kerana letih meredah proses reka bentuk yang panjang.

Jadinya..apa peranan DDEC? Cuba lihat di sini.

Terima kasih.

Tags:

Assalammualaikum

bismillah2
Aku mulakan versi baru website ni.

Terlalu lama menyepi. Maaf kepada yang datang, tetapi tidak nampak apa-apa yang aku update. Agak sebok menyesuaikan diri dengan tempat kerja baru ketika itu. Dengan masalah spam yang menyerang page lama, aku malas untuk melayan website.

Banyak perubahan yang berlaku setelah lebih setahun. Helmyemran.com tidak hanya akan memaparkan hasilkerja fotografi, malah hasil kerja grafik aku yang lain. Sedikit luas rangkumannya. Tapi masih dalam ruang lingkup seni tampak.

Sudi-sudilah memberi komen untuk membantu aku memperbaiki diri.

sekian.

tgn_k
Bukan tangan aku. Tangan K. Shoot untuk company profile DDEC.